I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, August 1, 2010

Selamat Datang ke Blog Exco Akademik & Kerjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mengunjungi laman blog ini. Blog ini diharapkan dapat menjadi medium pengantara antara mahasiswa UPSI dan Exco Akademik dan Kerjaya MPP dalam menjaga kebajikan mahasiswa UPSI berkaitan dengan akademik dan kerjaya. Oleh itu, semua mahasiswa UPSI amat dialu-alukan untuk membuat sebarang aduan / masalah / komen di dalam blog ini. Selain itu, mahasiswa juga boleh terus ke bahagian Exco Akademik dan Kerjaya di Bilik MPP bangunan Bitarasiswa untuk membuat sebarang aduan / masalah / komen. Semua aduan / masalah / komen yang diajukan akan kami cuba selesaikan dengan sebaik mungkin. Di samping itu, blog ini juga akan dijadikan sebagai tempat penyebaran maklumat isu-isu semasa berkaitan dengan akademik dan kerjaya yang berlaku di kampus mahupun di luar kampus untuk makluman dan pengetahuan mahasiswa UPSI. Kami juga amat mengalu-alukan mahasiswa UPSI untuk berkongsi sebarang bentuk karya di dalam blog ini untuk dikongsikan bersama mahasiswa UPSI yang lain agar manfaatnya dapat dikongsi bersama. Semoga blog ini dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada semua mahasiswa UPSI. Sekian, terima kasih…..

‘BERSAMA MENUJU KEJAYAAN’

1 comment:

  1. Alhamdulillah..sekalung tahniah kepada rakan exco akademik di bawah unit risalah dan informasi kerana berjaya mewujudkan satu media bagi menyalurkan maklumat kepada semua mahasiswa UPSI.Teruskan usaha dalam menjaga kebajikan pelajar. Hidup mahasiswa!

    ReplyDelete