I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, September 3, 2010

Salam Aidilfitri..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua mahasiswa UPSI...

Di kesempatan ini, saya mewakili Exco Akademik dan Kerjaya MPP mengucapkan selamat menyambut kedatangan Syawal 1431 Hijrah yang bakal menjelma tiba. Semoga Syawal ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita. Sementara kita masih berada di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama mencari keberkatannya. Semoga bulan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada sebelumnya dan Syawal yang bakal menjelma dapat memberi kegembiraan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Saturday, August 7, 2010

KAUNTER ADUAN PELANGGAN










Pada 6 Ogos 2010 lepas, Exco Akademik dan Kerjaya telah membuka Kaunter Aduan Pelanggan bertempat di Bitarasiswa. Tujuan pembukaan kaunter ini adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa UPSI untuk membuat sebarang aduan/masalah/komen berkaitan dengan akademik dan kerjaya. Disamping itu, borang soal selidik turut diedarkan kepada mahasiswa UPSI untuk mendapat maklum balas berkaitan dengan akademik.
Kerjasama yang diberikan oleh mahasiswa UPSI amat kami hargai. Terima kasih....


Friday, August 6, 2010

Makluman Perubahan Tarikh Majlis Konvokesyen Kali Ke-12 Sidang Kedua

Majlis Istiadat Konvokesyen kali Ke-12 sidang kedua akan diadakan pada 13 hingga 17 Oktober 2010. Tarikh ini telah berubah daripada yang dimaklumkan sebelum ini iaitu pada 12-16 oktober 2010. Diharap semua graduan yang akan bergraduat sentiasa peka dengan sebarang makluman berkaitan istiadat konvokesyen.

Sesi pengurniaan Ijazah adalah seperti mana di bawah :

13/10/2010 (RABU)

Sesi 1: Pagi

  • Ijazah Lanjutan
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Ekonomi) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Pendidikan

Sesi 2: Petang

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kemahiran Hidup) dengan Kepujian

14/10/2010 (KHAMIS)

Sesi 3: Pagi

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) dengan Kepujian

Sesi 4: Petang

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Geografi) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat) dengan Kepujian

15/10/2010 (JUMAAT)

Sesi 5: Pagi

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni Komunikasi Visual) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Reka Bentuk Berkomputer) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Psikologi Sukan) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Kejurulatihan) dengan Kepujian

Sesi 6: Petang

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) dengan Kepujian

16/10/2010 (SABTU)

Sesi 7: Pagi

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) dengan Kepujian

Sesi 8: Petang

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Muzik) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Perakaunan) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Perniagaan) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Keusahawanan dan Perdagangan) dengan Kepujian

17/10/2010 (AHAD)

Sesi 9: Pagi

  • Diploma Pendidikan (Sejarah)
  • Diploma Pendidikan (Geografi)
  • Diploma Pendidikan (Pendidikan Islam)
  • Diploma Pendidikan (Pendidikan Moral)
  • Diploma Pendidikan (Pengajian Am)
  • Diploma Pendidikan (Sivik dan Kewarganegaraan)
  • Diploma Pendidikan (Geografi)

Sesi 10: Petang

  • Diploma Pendidikan (TESL)
  • Diploma Pendidikan (Bahasa Cina)
  • Diploma Pendidikan (Kesusasteraan Cina)
  • Diploma Pendidikan (Bahasa Arab)
  • Diploma Pendidikan (Muzik)
  • Diploma Pendidikan (Perdagangan/Perniagaan)
  • Diploma Pendidikan (Perakaunan)
  • Diploma Pendidikan (Kaunseling)

Dikeluarkan oleh Bahagian Akademik UPSI.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Semua graduan yang akan bergraduat pada Majlis Istiadat Konvokesyen kali Ke-12 sidang kedua boleh merujuk portal untuk maklumat lanjut.

Thursday, August 5, 2010

PROGRAM MOTIVASI















Pada 30 Julai 2010 lepas, Pusat Islam dengan kerjasama Exco Kerjaya dan Akademik telah mengadakan Program Motivasi di Bilik Seminar , Bitarasiswa. Program ini dijalankan untuk tujuan Pengukuhan Akademik bagi ahli Rakan Study Islam dan juga terbuka kepada semua mahasiswa UPSI.

Penceramah motivasi, Ustaz Akhwan Affendi telah dijemput untuk menyampaikan motivasi yang bertajuk Kuasa Minda Muslim Super. Diharapkan agar semua peserta program yang hadir mendapat manfaatnya dan menjadi perangsang untuk membentuk diri sebagai 'Muslim Super'.

Wednesday, August 4, 2010

PENGHAPUSAN JAMINAN PENEMPATAN GURU PELATIH

PADA masa ini, guru pelatih Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka – tetapi jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan MalaysiaKe-10.

Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Penghapusan jaminan pelantikan ini bertujuan memastikan penetapan keperluan kualiti minimum bagi guru baru.

Langkah ini akan meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada ‘sistem terbuka’ bagi menambah sumber guru terlatih.
Dengan pertambahan ini, lebih ramai guru pelatih yang cemerlang dapat dilantik sebagai guru di sekolah rendah dan menengah.

Pendekatan ini akan meningkatkan persaingan di kalangan guru pelatih dan menambah baik kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan. Tawaran Baru untuk Semua Guru bagi meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancar dan melaksanakan Tawaran Baru yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profesion keguruan lebih menarik serta meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya ini.